Posted by: iscrcmp | thUTCp30UTC04bUTCThu, 24 Apr 2008 18:34:03 +0000 5, 2007

Antara 2 Pilihan

“Maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.” (as-Syams: 8 )

Dalam meniti kehidupan ini, kita semua tidak dapat lari daripada membuat pilihan. Bagi seorang Muslim, dia perlulah yakin bahawa dalam membuat pilihan ini, tidak dapat dia melarikan diri dari dua jalan, sama ada jalan itu menuju keredhaan Allah atau pun jalan tersebut membawanya kepada kemurkaanNya Yang Maha Agung.

Seorang Mukmin percaya bahawa setiap tindakannya dalam melayari kehidupan ini senantiasa berkait dengan dosa dan pahala. Dari hal itulah, setiap tingkah lakunya baik secara sedar atau pun tidak, dikira sebagai ibadah dengan syarat ikhlas kepada ALLAH s.w.t. dan selari dengan syariat.

Dari Abu ‘Abdullah al-Nu’man bin Basyir radiyallahu ‘anhuma katanya:

“Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

‘Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan di antar keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesunguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah ia ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) maka di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa tiap-tiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah! Bahawa larangan ALLAH ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila rosak, rosaklah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.””

Di masa kini, ramai yang memperkatakan ingin mengamalkan Islam secara keseluruhan, sehingga sanggup menggunakan label-label baru kepada Islam seolah-olah Islam itu tidak cukup sempurna lagi. Maka, lahirlah gagasan Islam Liberal, Islam Sekular dan bermacam-macam lagi, yang pada hakikatnya hanya tempelan dan diilhamkan semata-mata kerana kepentingan peribadi. Masakan tidak, mereka bercakap berkenaan dengan Islam tetapi perbuatan mereka tidak melambangkan keIslaman mereka itu sendiri. Lihat sahaja kepada tarbiyah yang dicurahkan kepada keluarga sendiri, langsung sangat jauh daripada ajaran Islam. Lantaran itu, keraguan cukup terserlah kepada semua berkenaan dengan keikhlasan mereka ini untuk membawa Islam. Cukup jelek melihat golongan wanita dalam kumpulan ini memperagakan tudung dalam majlis-majlis agama, tetapi apabila bergaul dalam kalangan majlis-majlis lain, cukup gah memperlihatkan rambut mereka, sehinggakan sanggup mewarnakan rambutnya. Seorang wakil rakyat semasa berkempen, sanggup membuang tudungnya, semata-mata untuk memperlihatkan keterbukaannya. Keterbukaan??? Bukankah Islam itu sudah cukup terbuka? Apakah sedikit arahan daripada ALLAH itu tidak dapat mereka laksanakan?

Firman ALLAH s.w.t.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…” (An-Nuur:31)

Maka, tampak jelas apabila kita membandingkan antara mereka yang benar-benar ikhlas untuk menegakkan agama ALLAH ini dengan mereka yang tidak pernah terlintas untuk melaksanakan hukum ALLAH di atas permukaan muka bumi ini.

Penulisan ini menyeru kepada kerajaan yang ada pada hari ini, untuk kembali memuhasabah diri, memperbetulkan niat, dan tidak mempermainkan agama ALLAH, kerana besar akibatnya kemurkaan ALLAH kepada mereka.

“Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (As-Syams:10)

Sesungguhnya, sedar atau tidak, kesedaran Islam di kalangan umum, terutamanya golongan muda, walau pun tidak lah begitu menyeluruh, tetapi cukup sedar untuk memilih mereka yang benar-benar istiqamah dalam mengembalikan syiar ALLAH itu.

TIADA YANG DIIMPIKAN MELAINKAN KEDAULATAN ISLAM


Responses

  1. […] katanya: … kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…” An-Nuur:31 …https://iscrcmp.wordpress.com/2008/04/24/antara-2-pilihan/D22Arab Countries Al-Deeb abu Sahleya 51 The Need for Codification and Reform […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: