Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC03bUTCSun, 30 Mar 2008 08:22:05 +0000 5, 2007

Dakwah: Suatu Ketika Dahulu…

Masih terlintas di fikiran suatu kenangan dakwah tidak lama dahulu…

Ketika itu, aku baru sahaja memasuki tingkatan 3. Pelajar tingkatan 3 di sekolahku bolehlah dikatakan persimpangan antara ‘kehidupan berdikari’ dan ‘di bawah telunjuk pengawas’. Mana tidaknya, setiap pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 sebenarnya senantiasa diawasi oleh 4-6 orang pengawas khas semata-mata untuk menjaga kami. Oleh yang demikian, bagi sesetengah kami, memasuki alam tingkatan 3 seolah-olah suatu kebebasan. Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang usrah termasuklah aku sendiri, pada tahap inilah kami diberikan pilihan sama ada meneruskan usrah atau pun berlepas diri darinya.

Sekolahku majoritinya orang Melayu, sukar untuk menemui pelajar-pelajar berlainan agama. Kalau pun ada pelajar bukan beragama Islam, kebiasaannya mereka akan tenggelam ke dalam budaya pelajar-pelajar yang lain, sehinggakan ada yang langsung lupa amalan agamanya, seperti larangan memakan daging lembu.

Oleh yang demikian, kemasukan beberapa orang pelajar bukan Islam dalam tingkatan 1 ketika itu, sedikit menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain. Walaupun kami mengikuti usrah, setahu aku, tiadalah penekanan diberikan kepada dakwah non-Muslim. Apa-apa pun, kesempatan yang diberikan menyebabkan aku cuba menghampiri seorang pelajar India, yang mana aku sendiri sudah lupa namanya setelah ditelan zaman. Niat di hati sekadar ingin berkenalan dan belajar budaya dan adat mereka. Ketika kali pertama, tidak pernah terlintas untuk memberitahunya berkenaan dengan Islam.

Bagaimanapun, setelah sekian lama berkenalan dengannya, aku merasakan semakin rapat dengannya. Seringkali kelihatan aku dengan budak India tersebut, terutamanya di perpustakaan. Sedikit skil melukis yang aku ada, aku kongsikan bersama dengan budak India teresebut yang sememangnya berminat terhadap lukisan. Begitu juga ketika mana di waktu petang, seringkali jua dia melihat aku bermain bola keranjang dan antara sebab dia memasuki ‘english debate team’ adalah kerana aku berada di dalam pasukan tersebut.

Lama kelamaan, aku mulai memasang niat untuk memberitahunya berkenaan dengan Islam dengan harapan akan terbuka pintu hatinya menerima hidayah daripada Allah s.w.t. Namun, harapan tersebut semakin tipis apabila berlakunya suatu peristiwa yang tidak disangka-sangka.

Bukanlah aku seorang yang menyangka untuk berdakwah kepadanya. Di kalangan sahabat-sahabat usrahku, memang terdapat mereka yang cukup bersemangat. Bolehlah dikatakan mereka inilah penggerak kepada gerak kerja persatuan Islam di sekolahku. Salah sorang daripadanya adalah seorang pustakawan. Aku mengenalinya sebagai seorang yang cukup komited dan banyak membaca. Jika dibandingkan dengan aku sendiri, teramatlah jauh bezanya. Aku banyak menumpukan perhatian kepada aktiviti-aktiviti ko-kurikulum terutamanya bola keranjang dan perbahasan.

Sahabatku ini menggunakan kuasanya selaku seorang pustakawan memanggil budak India ini untuk bertemu dengannya. Aku ketika itu, tidak berada bersama dengannya. Amatlah terkejut aku mendengar akan pendekatan yang digunakan oleh sahabatku itu. Dengan nada yang seolah-olah memaksa budak India tersebut, dia menyarankan kepadanya untuk mengkaji agama yang dianutinya seolah-olah secara langsung mengatakan kepadanya ‘Agama kamu salah’!!

Mendengarkan perkara ini, aku cuba membetulkan keadaan dengan mendekati budak India ini, dengan hasrat untuk memberi sedikit penerangan. ‘Nasi sudah menjadi bubur’. Usahaku tidak berhasil. Budak India itu senantiasa mengelak daripada berjumpa denganku. Malahan, sejak hari itu, kami tidak lagi semesra dahulu. Sedikit demi sedikit, jambatan perhubungan yang telah ku bina terhakis begitu sahaja dan akhirnya putus ditelan zaman.

Pendekatan yang tidak berhikmah menyebabkan mad’u akan takut kepada dakwah kepada Islam.

Bengkel Dakwah yang dikendalikan oleh Unit Intelek ISC semalam menyebabkan aku mengimbas kembali kisah ini; memberikan aku satu kesimpulan bahawa dalam berdakwah kita perlu bijak dalam mengatur strategi dan pendekatan ke arah memberi kefahaman kepada masyarakat tentang Islam.


Responses

  1. salam
    tentang nukilan nta/nti ini, ana teringat akan peristiwa yg pernah diceritakn kpd ana suatu ketika dulu. ceritanya hampir sama tetapi mad’u tersebut seorg gadis berbangsa cina. InsyaAllah, hidayah dan taufiq itu adalah milik Allah utk hamba2 yg dikehendaki-Nya.

  2. “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah melainkan Allah, kerana nanti mereka akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”

    Al-An’aam:108

  3. teringat kepada satu perumpamaan oleh Bro Shah Kirit dalam FCR suatu ketika dahulu…
    Dakwah kepada non-Muslim umpama menuang air ke dalam gelas yang kotor…
    mestilah membersihkan kotoran tersebut sebelum boleh menuang air ke dalamnya.
    begitulah non-Muslim, sebenarnya mereka mempunyai banyak salah faham terhadap Islam itu sendiri, antaranya, ‘masuk Islam itu dipaksa!’
    pendekatan dalam berdakwah kepada sahabat non-Muslim ialah perlunya kita clarify dahulu apa salah fahamnya terhadap Islam sebelum mampu bercerita berkenaan dengan Islam kepadanya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: