Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC03bUTCThu, 27 Mar 2008 18:06:24 +0000 5, 2007

Hakikat Masjid Masa Kini

“Hanyasanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk.” (at-Taubah:18)

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita betapa signifikannya masjid dalam kehidupan seorang Mu’min sehingga dikatakan masjid itu selayaknya untuk orang yang beriman. Lantaran itulah, orang yahudi sanggup mengatakan bahawa mereka tidak akan takut kepada kaum muslimin selagimana masjid tidak dipenuhi oleh orang Islam pada waktu Subuh sebagaimana penuhnya masjid ketika waktu solat Jumaat. Persoalannya, bagaimanakah kedudukan masjid kita masa kini? Adakah dengan bertambahnya bilangan masjid di negara kita, maka dengan sendirinya jamaah akan bertambah?

Kepentingan Masjid

Sebagaimana semua sedia maklum, sirah Rasulullah s.a.w. membuktikan kepentingan masjid ini sehinggakan setibanya baginda di Madinah, perkara pertama yang dibuat adalah membina masjid dan memakmurkan masjid tersebut. Dalam erti kata yang lain, masjid tidak dibina sia-sia tanpa fungsi. Masjid menjadi tempat beribadat, tempat Rasulullah s.a.w. merancang strategi peperangan, tempat mengeratkan silaturrhaim, tempat berkumpulnya para sahabat dan banyak lagi sehinggakan boleh dikatakan bahawa masjid menjadi pusat kepada aktiviti umat Islam ketika itu.

“Dan Bahawa Sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (Ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.” (al-Jin:18)

Jika kita kembali kepada zaman kita, di mana letaknya masjid kita? Sekadar hiasan, buat sajian pengunjung dan warga asing?

Sejarah Masjid

Selain daripada sirah Rasulullah s.a.w., jikalau kita meneliti ayat ke 21 surah al-kahfi di bawah, jelas menunjukkan kepada kita betapa pentingnya masjid dalam lingkungan masyarakat Islam.

dan Demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui Bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan Bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah Yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. orang-orang Yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya Kami hendak membina sebuah Masjid di sisi gua mereka”. (al-Kahfi:21)

Lantas, atas dasar apakah masjid kita pada masa kini dibina?

Hakikat Masjid Masa Kini

Al-Quran menegaskan bahawa masjid yang dibina bukan atas dasar taqwa tidak akan mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.

“dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang Yang membina Masjid Dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (Mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang Yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang Yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. dan (apabila tujuan mereka Yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah Dengan berkata:” tidaklah Yang Kami kehendaki (dengan mendirikan Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. padahal Allah menyaksikan, Bahawa Sesungguhnya mereka adalah berdusta.” (at-Taubah:107)

Begitulah sirah Rasulullah s.a.w. membuktikan kepada kita tentang peristiwa Masjid Dhirar yang dibina atas dasar memecah belahkan umat Islam, lantas Allah menurunkan ayat ini untuk memberi amaran kepada kita betapa pentingnya kita mendirikan masjid semata-mata kerana Allah. Di sinilah peri pentingnya kita menghayati hadith Rasulullah s.a.w. yang menegaskan tentang kepentingan nia dalam melakukan sebarang amalan. Bukanlah nilai masjid itu terletak kepada betapa cantiknya masjid tersebut. Tingginya nilai sesuatu masjid itu pada bagaimana ia dimakmurkan.

“jangan Engkau sembahyang di Masjid itu selama-lamanya, kerana Sesungguhnya Masjid (Qubaa’ Yang Engkau bina Wahai Muhammad), Yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya Engkau sembahyang padanya. di Dalam Masjid itu ada orang-orang lelaki Yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang Yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” (at-Taubah:108)

Akan tetapi, kita sangat dukacita apabila ada sahaja berita yang memaklumkan kepada kita tentang segolongan manusia yang tidak sedar kepentingan masjid ini, lantas mengambil tindakan merobohkan masjid tanpa sebarang alasan, dek kerana kepentingan peribadi semata.

Firman Allah s.w.t.

“dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang-orang Yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? orang-orang Yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke Dalam masjid-masjid itu melainkan Dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara Yang mereka lakukan itu). mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa Yang amat besar.” (al-Baqarah:114)

Begitulah hakikat masjid kita pada masa kini. Bila sahaja kita ingin menghidupkan masjid, diakatakan menggunakan masjid untuk kepentingan peribadi atau golongan tertentu, lantas masjid seolah-olah disekat fungsinya yang sebenar sehinggakan golongan yang tidak berkelayakan pula memegang portfolio jawatankuasa masjid.

“tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. mereka itu ialah orang-orang Yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di Dalam neraka.”
(at-Taubah:17)

Sedarlah rakan-rakanku sekalian, tanggungjawab menghidupkan dan memakmurkan masjid ini terletak di bahu kita semua. Eloklah diambil pengajaran akan ayat di permulaan tulisan ini, untuk sama-sama kita beramal dan seterusnya mengembalikan kembali fungsi masjid yang sebenar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: