Posted by: iscrcmp | rdUTCp31UTC03bUTCSun, 23 Mar 2008 09:10:50 +0000 5, 2007

Dari Kitab as-Syamailul Muhammadiyyah: Bentuk Tubuh Rasulullah s.a.w. 6

Dari ‘Ali bin Abi Talib k.w. dikemukakan:

“Rasulullah s.a.w. tidak berperawakan terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek. Beliau berperawakan sedang di antara kaumnya. Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak pula lurus kaku, melainkan ikal bergelombang. Badannya tidak gemuk, dagunya tidak lancip dan wajahnya agak bulat. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Bahunya bidang. Beliau memiliki bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal. Bila beliau berjalan, berjalan dengan tegap seakan-akan beliau turun ke tempat yang rendah. Bila beliau berpaling, maka seluruh badannya ikut berpaling. Di antara kedua bahunya terdapat Khatamun Nubuwah, iaitu tanda kenabian. Beliau memliki hati yang paling pemurah di antara manusia. Ucapannya merupakan perkataan yang paling benar di antara semua orang. Perangainya amat lembut dan beliau paling pemurah di antara manusia. Ucapannya merupakan perkataan yang paling benar di antara semua orang. Perangainya amat lembut dan beliau paling ramah dalam pergaulan. Barangsiapa yang melihatnya, pastilah akan menaruh hormat padanya. Dan barangsiapa yang pernah berkumpul dengannya, kemudian kenal padanya, tentulah ia akan mencintainya. Orang yang menceritakan sifatnya, pastilah akan berkata: ” Belum pernah aku melihat sebelum dan sesudahnya orang yang seistimewa beliau s.a.w. “

(Riwayat Ahmad bin ‘Ubadah ad-Dlabi al-Bashri, juga diriwayatkan oleh ‘Ali bin Hujr dan Abu Ja’far Muhammad bin al-Hussein, dari ‘Isa bin Yunus, dari ‘Umar bin Abdullah, dari Ibrahim bin Muhammad, dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Talib k.w. yang bersumber dari ‘Ali bin Abi Talib k.w.)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: