Posted by: iscrcmp | thUTCp29UTC02bUTCFri, 29 Feb 2008 10:39:09 +0000 5, 2007

Sekalung Doa buat Sahabat-sahabatku

assalamualaikum wbt…

Semua sedia maklum pada 3 Mac 2008 ini, rakan-rakan dari batch 3B 07/08 akan menduduki peperiksaan akhir sebelum boleh bergelar Dr. Sama-samalah kita mendoakan moga-moga mereka semua beroleh ketenangan, diberikan hidayah dan dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

“Ya ALLAH, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku memohon kepadaMu ya ALLAH, agar diberikan sahabat-sahabatku dari kalangan batch final year tahun 07/08 yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada 3 Mac ini, ketenangan, hidayah petunjuk dariMu dan dipermudahkan dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Ya ALLAH, Kau berikanlah mereka kemenangan dan kejayaan sebagaimana mereka telah berusaha ke arah matlamat tersebut. Wahai Yang Maha Memberi, aku memohon kepadaMu agar diberikan pertolongan kepada mereka di saat mereka buntu dan memerlukan. Janganlah ya ALLAH, Engkau biarkan mereka menentukan nasib mereka sendiri walau sekadar sekelip mata sekalipun. Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, izinkanlah mereka bergelar Dr. setelah keputusan dikeluarkan nanti. Wahai Yang Maha Memperkenankan, perkenankanlah…”

Semoga usaha kalian semua akan membuahkan hasil yang diharap-harapkan dan diimpikan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: