Posted by: iscrcmp | thUTCp29UTC02bUTCFri, 29 Feb 2008 11:08:33 +0000 5, 2007

Adab Berdoa

Assalamualaikum wbt…

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya mengenai-Ku, maka katakanlah Aku hampir dengan mereka dan memenuhi apa yang mereka harapkan apabila mereka menginginkan.” (al-Baqarah: 186)

Doa adalah senjata mukmin, dan di saat kita hendak melangkah dalam menunaikan sesuatu setelah segala usaha dan keringat dicurahkan, kita dituntut untuk banyak berdoa, memohon pertolongan daripadaNya. Buat teman-teman yang akan menduduki peperiksaan, berikut adalah adab-adab yang dituntut semasa berdoa, yang dipetik dari buku ‘Himpunan Doa-Doa Orang Soleh’ karangan Asyraf al-Hasyir.

    • Berdoa dengan bersungguh-sungguh.

      Sabda Rasulullah s.a.w.

      “Wahai manusia, mintalah kamu kepada Allah dengan penuh yakin, bahawasanya Allah tidak akan menunaikan doa yang hatinya lalai.”

      (Riwayat Ahmad)

        • Merendahkan diri kepada Allah s.w.t.
        • Merasakan diri lemah lagi hina.
        • Bersangka baik dengan Allah
        • Membesarkan Allah dengan puji dan syukur.
        • Menghadap kiblat
        • Menadah kedua belah tangan
        • Yakin doa itu didengari oleh Allah

          Sabda Rasulullah s.a.w.

          “Jika Salah seorang kamu berdoa, hendaklah dengan penuh harap kerana tidak ada satu pun yang dianggap besar oleh Allah melainkan ucapan doa.”

          (Riwayat Abu Uwanah dan Ibnu Hibban)

            • Mulakan dengan memuji Allah dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w. dan diikuti dengan istighfar sebanyak tiga kali.
            • Merendahkan suara, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan.
            • Mengulangi sekurang-kurangnya tiga kali setiap apa yang dihajati.
            • Ucapan doa dengan perkataan yang jelas.
            • Berdoa di setiap ketika tidak mengira waktu susah atau senang.

              Sabda Rasulullah s.a.w.

              “Sesiapa yang hendak doanya dimakbulkan Allah s.w.t. ketika dalam kesusahan, maka hendaklah sentiasa membanyakkan doa do waktu masih senang.”

              (Riwayat at-Tirmizi)

                • Dilarang berdoa untuk keburukan orang lain.
                • Dilarang berdoa untuk memutuskan persaudaraan serta doa-doa yang tidak berfaedah.
                • Berdoalah di waktu yang lebih afdhal.

                  Dalam sebuah hadith, seorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

                  “Wahai Rasulullah, yang manakah doa yang lebih didengari oleh Allah?”

                  Jawab Rasullah:

                  “Orang yang berada di akhir malam dan selesai sembahyang.”

                  (Riwayat Abu Umamah)

                  Dalam Hadith lain:

                  Rasulullah s.a.w. bersabda:

                  “Jarak yang terdekat di antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika ia sedang sujud. Maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

                  (Riwayat Abu Hurairah)

                    • Menjaga makan dan minum, doa mudah dimakbulkan.

                      Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah s.a.w. :

                      “Wahai Rasulullah, mintalah kepada Allah moga doaku dikabulkan.”

                      Jawab Rasulullah s.a.w.

                      “Wahai Saad, jagalah makananmu nescaya doa kamu mudah dimakbulkan oleh Allah, Demi Allah, yang nyawa Muhammad di tanganNya, jika salah seorang lelaki, memasukkan walau sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, doanya tidak diterima selama 40 hari. Dan sesiapa yang hidupnya mendapat hasil yang haram serta riba maka nerakalah yang layak baginya.”

                      (Riwayat Ibnu Abbas)

                        • Kucupkan kedua tapak tangan ke muka apabila doa selesai dibaca.

                          Tinggalkan Jawapan

                          Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

                          WordPress.com Logo

                          Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

                          Twitter picture

                          Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

                          Facebook photo

                          Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

                          Google+ photo

                          Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

                          Connecting to %s

                          Kategori

                          %d bloggers like this: