Posted by: iscrcmp | thUTCp29UTC02bUTCTue, 12 Feb 2008 12:08:56 +0000 5, 2007

PHASE 3A SUPPLEMENT’08

assalamualaikum wbt.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:” (al-Baqarah:155)

Ujian boleh sahaja datang dalam pelbagai bentuk, sama ada dalam bentuk harta, makanan, jiwa dan lain-lain yang ternyata menguji kita sama ada kita ini terdiri daripada orang yang beriman atau tidak. Jikalau kita rasakan ujian itu terlalu berat bagi kita, ingatlah ayat di bawah ini, yang menyatakan betapa peritnya Rasulullah dan para sahabat suatu ketika dahulu setelah dipulau oleh kaum mereka sendiri…

“Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” (al-Baqarah:214)

Hari ini masuk hari kedua sahabat berlima daripada fasa 3A menduduki peperiksaan ‘supplement’ setelah diuji oleh Allah dalam peperiksaan awal bulan 12 yang lalu. Marilah sama-sama kita mendoakan mereka dapat melalui ujian ini dengan sabar dan tanpa putus asa. Semoga keputusan yang akan diperolehi nanti bertetapan dengan keinginan diri dan usaha yang telah dilakukan. ~Ameen~

Unit Kebajikan dan Akademik,

Islamic Student Club (ISC),

Royal College of Medicine, Perak (RCMP).


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: