Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC01bUTCSun, 20 Jan 2008 23:47:34 +0000 5, 2007

Kematian itu Pasti Datang…

Abdullah bin Umar r.a. berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah S.A.W. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah:

” Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?”

Jawab Rasulullah S.A.W.:

“Orang yang lebih baik di kalangan orang yang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”

Kemudian lelaki itu bertanya lagi:

“Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?”

Jawab Nabi S.A.W.: “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati.” [al-hadith]

dialog antara Rasulullah dengan lelaki menjadi satu indikator kepada kita semua untuk sentiasa mengingati mati, kerana mereka yang mengingati mati itulah yang paling bijak di kalangan semua manusia. Ini kerana Islam merupakan agama atau cara hidup yang menyediakan umatnya ke arah kehidupan selepas kematian. Dunia ini hanyalah persinggahan semata dan ianya hanyalah ladang untuk dituai hasilnya di akhirat kelak.

Mati itu pasti, cuma kehidupan kita selepas mati itu yang belum pasti. Oleh kerana itulah pentingnya seorang individu Muslim sentiasa memuhasabah diri dalam meniti kehidupan seharian agar penamat kepada kehidupan kita di dunia ini merupakan suatu permulaan yang baik di akhirat kelak, yakni mendapat syurga Allah s.w.t.

Menziarahi si mati, menyembahyangkannya, seterusnya mengiringinya ke kubur diikuti dengan bacaan talqin ternyata menginsafkan seseorang. Ini kerana si jenazah itu boleh sahaja menjadi diri kita sendiri kerana sesungguhnya mati itu tidak mengenal usia, tidak mengenal tempat dan tidak mengenal harta dan pangkat.

teringat kepada ungkapan ‘sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan’, betapa benarnya kata-kata itu, sekujur tubuh yang terlentang di hadapan diri ketika soalt jenazah itu tidak mampu menambah apa-apa amalannya lagi, apatah lagi mahu bangkit kembali demi menebus kesalahan-kesalahan lalu. Lantas, timbul rasa keinsafan diri, jika dimatikan kita di saat ini, apakah nasib dan pengakhiran kita dengan amalan-amalan yang tidak seberapa ini. Keinsafan yang mendorong diri untuk meningkatkan amalan. Benarlah satu sabda baginda S.A.W. yang bermaksud:

“Jadikan solat yang kamu dirikan itu sebagai solat yang terakhir dalam hidupmu.” 

Ketikamana mengiringi jenazah ke perkuburan, ingatlah akan kata-kata Saidina Abu Bakar as-Siddiq ini:

“Sesiapa yang memasuki kubur (alam barzakh) tanpa bekalan (berupa amal salih), seolah-olah ia belayar di lautan tanpa kapal/sampan.”

Setelah kita mati, sanak-saudara dan rakan taulan yang mengiringi kita ke kubur, akan nantinya meninggalkan kita sendirian di sana. Harta dan pangkat yang dimiliki juga tidak dibawa bersama. Yang dibawa ke alam kubur hanya amalan kita sahaja. Sabda Baginda s.a.w. :

“Apabila seseorang manusia itu meninggal, maka terputuslah pahala segala amalannya melainkan tiga amalan yang kekal berterusan walaupun selepas kematian, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh kepada ibu bapanya.” (Riwayat Muslim)

Jasad kita kemudiannya akan diangkut ke dalam kubur dan dikebumikan, tanpa amalan yang mencukupi yang menanti kita di sana adalah seksaan kubur.

Rasulullah pernah bersabda kepada para sahabat:

“Tahukah kamu semua diturunkan ayat ini: ‘Maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.’ (Surah Thoha:124)”

Lalu sahabat menjawab:

“Allah dan RasulNyalebih mengetahui.”

Nabi s.a.w. bersabda:

“iaitu seksa orang kafir dalam kubur, dan demi Zat yang jiwaku berada pada genggaman kekuasaanNya, bahawa dia menguasakan 99 tannin. Tahukah kami apakah tannin itu? Tannin itu adalah 99 ular yang setiap ular ada 9 kepala yang menyeksa orang kafir hingga hari kiamat, dan ia digiring dari kuburnya dalam keadaan buta. (Mukhtashar Tadzkiratul Qurtubhi: 37) Seksaan di dalam kubur itu hanya dapat didengar oleh haiwan”

Marilah sama-sama kita bermuhasabah dengan diri kita sendiri, apakah kita sudah bersedia untuk melangkah ke alam kubur? Atau selama ini kita banyak membazirkan masa dengan perkara yang sia-sia. Sebagai pengakhiran, elok lah jua kita sama-sama merenung hadith Rasulullah di bawah ini.

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni:

  1. hidupmu sebelum matimu
  2. sihat sebelum sakitmu
  3. waktu lapangmu sebelum waktu sibukmu
  4. waktu mudamu sebelum waktu tuamu
  5. waktu kayamu sebelum waktu miskinmu.” (HR Muslim)

SALAM TAKZIAH BUAT AL-AKH FAROUK ATAS PEMERGIAN AYAH KE RAHMATULLAH

SALAM TAKZIAH JUA BUAT UKHTI AZURA ATAS PEMERGIAN ABANG KE RAHMATULLAH

Moga roh mereka berada di kalangan roh orang-orang yang beriman. ~Ameen~

Unit Kebajikan dan Akademik,

Islamic Student Club (ISC),

Royal College of Medicine, Perak (RCMP)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: