Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC01bUTCMon, 07 Jan 2008 16:33:02 +0000 5, 2007

Perutusan Sempena Awal Muharram 1429H

assalamualaikum wbt. dan salam mesra ISC kepada semua pembaca blog ini, sama ada warga kampus mau pun mereka yang di luar kampus RCMP.

Tahun bersilih tahun. Jika baru-baru ini sahaja kita menyambut tahun baru 2008, kini tibalah masanya kita menyambut tahun baru hijrah 1429H pula. Yang menjadi persoalan kepada kita ialah dari sudut bagaimana kedua-duanya diraikan. Tersangatlah berbeza antara kedua-duanya. Negara kita seolah-olah meminggirkan perayaan tahun baru hijrah sedangkan perayaan inilah yang sepatutnya mendapat keutamaan lebih-lebih lagi kepada pemimpin negara yang melaung-laungkan slogan Malaysia selaku negara Islam. Jika maksud di sebalik hijrah itu pun tidak dihayati oleh pimpinan negara, ini kan pula rakyat jelata yang bernaung di bawahnya. Maka, kita dapat melihat betapa Tahun Baru 2008 disambut penuh meriah, sanggup menunggu berjam-jam lamanya sebelum detik 12 tengah malam setiap tahun semata-mata meraikan kelahiran tahun baru.

Kita sebenarnya kurang sedar betapa setiap detik yang berlalu menghampirkan diri kepada maut. Sesiapa pun tidak dapat menafikan kematian pasti menjemput mereka. Anak-anak muda menghabiskan waktu dengan bersuka-ria di medan-medan menyambut tahun baru seakan-akan alpa dan langsung lupa akan hakikat kematian, yang didengari daripada mereka ialah, ‘hidup ini hanya sekali, ‘ so let’s enjoy!!!’. Mentaliti seperti inilah yang menjauhkan masyarakat kita daripada kembali mengingati Allah. Perlu diingat, kegagalan kita mengingati Allah akan menyebabkan Allah juga akan lupa akan kita. Tidak menghairankan jika kita melihat kaum Melayu terutamanya adalah kaum yang agak terkebelakang berbanding kaum-kaum lain, sedangkan begitu banyak sekali bantuan telah dihulurkan oleh kerajaan. Tidak kah kita pernah terfikir akan satu ayat Allah yang mengingatkan seluruh manusia bahawa Dialah yang berkuasa atas segalanya. Selagi mana manusia tidak membelakangkan Tuhan selagi itulah mereka akan lebih mulia daripada yang lain.

Firman Allah s.w.t.

“dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman.”  (ali ‘Imran:139)

Syaratnya cuma satu, keimanan. Apakah kita sebagai kaum Melayu dikatakan sebagai beriman jika masih lagi mencari keseronokan yang di luar batas syariat? Pengalaman berdakwah kepada segelintir masyarakat Melayu pada malam tahun baru yang lalu menginsafkan diri ini betapa kita semakin hari semakin mengundang bala dan kemurkaan Allah s.w.t.

Roh Hijrah itu perlu dihayati oleh golongan muda. Begitu banyak sekali pengajaran yang menginsafkan boleh didapati daripada peristiwa tersebut. Saya menyeru diri saya dan diri rakan-rakan Mahasiswa  untuk sama-sama melakukan hijrah dalam diri ini dengan kembali memartabatkan Islam selagimana nyawa di kandung badan. Allah amat suka kepada golongan muda yang menghampiriNya- itulah hakikatnya!

HIJRAH MEMBENTUK KECEMERLANGAN UMAT

Salam Hijrah,

AHMAD HADYAN HUSAINY BIN HASBULLAH,

Presiden Islamic Student Club (ISC)07/08

UniKL -Royal College of Medicine, Perak (RCMP)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: