Posted by: iscrcmp | stUTCp31UTC12bUTCMon, 31 Dec 2007 12:16:37 +0000 5, 2007

Perutusan sempena Pendaftaran Pelajar Baru 1 Januari 2008

Assalamualaikum dan salam mesra ISC kepada semua pelajar-pelajar yang akan mendaftar pada hari ini.

Kedatangan rakan-rakan Mahasiswa ini amat tepat dengan kedatangan tahun baru 2008, yang semestinya menjadi suatu perkara yang sangat signifikan jua buat rakan-rakan sekalian. Ia menandakan permulaan baru dalam hidup kalian semestinya. Saya pasti ramai yang mempunyai azam dan semangat yang membara dalam usaha mencari kecemerlangan.

Tiada kata selain daripada ucapan tahniah dan selamat datang yang boleh saya ucapkan kepada pelajar-pelajar baru ini. Ini bermakna pada hari ini, rakan-rakan sekalian akan melangkah kepada satu lagi dunia baru setelah dunia pelajar.

Mungkin gelaran pelajar tidak lagi releven buat rakan-rakan kerana ini dunia yang sangat berbeza berbanding sekolah dahulu. Inilah dunia mahasiswa. Terdapat banyak perbezaan antara zaman persekolahan dan zaman menjejaki universiti. Lebih banyak cabaran dan dugaan yang menunggu anda dalam konteks perjuangan mahasiswa. Jika dulu anda adalah seorang pelajar cemerlang, ketahuilah yang gelaran tersebut tidak bermakna apa-apa kerana anda bermula dengan kosong di sini. Inilah satu lagi titik permulaan untuk rakan-rakan sekalian membina kecemerlangan yang baru. Saya pasti rakan-rakan sekalian mempuunyai harapan yang cukup tinggi untuk menggapai kejayaan. Akan tetapi, memang tidak dinafikan dalam kehidupan ini, semestinya ada jatuh dan bangun. Ketika itu, barulah teruji sama ada kita benar-benar layak untuk berada dalam dunia mahasiswa ini. Ketika itu, ingatlah kata-kata John Maxwell ini:

“kita tidak dapat mengubah dunia ini, tetapi cara kita melihat dunia ini kita dapat mengubahnya”

Al-Quran menjelaskan sikap kita semasa menghadapi masa-masa kesusahan ini, kembalilah kepada Allah, kerana dialah yang menentukan segala-galanya.

Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). “(Ali ‘Imran:200)

sekadar peringatan awal buat rakan-rakan yang akan menempuhi pelbagai cabaran pada masa hadapan. Moga kita dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat pada masa hadapan.

Salam perjuangan,
AHMAD HADYAN HUSAINY BIN HASBULLAH

Presiden ISLAMIC STUDENT CLUB (ISC)

UNIKL-Royal College of Medicine, Perak (RCMP)


Responses

  1. SELAMAT TAHUN BARU 2008


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: