Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC12bUTCThu, 27 Dec 2007 02:51:27 +0000 5, 2007

[komen] Israel tolak tawaran gencatan senjata Hamas

Israel tolak tawaran gencatan senjata Hamas

Berita Harian Online

RAMALLAH: Hamas sedia mengadakan persetujuan gencatan senjata dengan Israel jika rejim Zionis itu menghentikan operasi kejamnya ke atas pejuang Palestin selain membuka laluan ke kawasan miskin dan tersisih berkenaan, tetapi ia ditolak Perdana Menteri Ehud Olmert.

Kenyataan oleh Ahmed Youssef, pembantu Ismail Haniyeh yang dipetik agensi berita Palestin Maan, adalah yang terbaru dibuat pegawai Hamas bagi menyokong gencatan senjata.

“Kami sememangnya tidak menolak sebarang persetujuan yang menamatkan kempen ganas Israel dan ia tidak harus bersifat berat sebelah,” kata Youssef.

“Israel perlu menamatkan semua serangan dan operasi ketenteraannya selain melonggarkan sekatan di sekitar Gaza.

Pegawai Israel yang enggan dikenali atas alasan membabitkan isu sensitif berkenaan, sebaliknya menegaskan rejim Zionis itu masih menimbang tawaran gencatan senjata oleh Hamas.

Namun, pendirian Israel masih tetap yang ia tidak mungkin berunding dengan Hamas kecuali kumpulan itu menolak kekerasan dan mengiktiraf hak kewujudan Israel.

Israel menutup semua pintu sempadannya dengan Gaza sejurus selepas Hamas dapat menawan wilayah Palestin itu daripada Fatah, yang menyebabkan sebahagian besar perdagangan dan penghantaran bekalan bahan api ke kawasan itu terputus.

Walaupun bantuan kemanusiaan dibenar masuk, sekatan Israel dan tindakan boikot antarabangsa ke atas Hamas menyebabkan kerajaan Hamas berdepan tekanan hebat dan memburukkan lagi keadaan di wilayah Palestin itu.

Bagaimanapun, Olmert menolak rundingan mengadakan gencatan senjata dengan Hamas sebaliknya menyifatkan operasi terhadap pejuang Palestin di Gaza sebagai ‘perang sebenar’ bagi menghalang serangan roket dan mortar terhadap masyarakat Yahudi. – AP

________________________________________________________________

Sikap ‘doublr standard’ zionis Yahudi terhadap Hamas telah membuktikan kepada kita betapa benarnya suatu hadith Rasulullah s.a.w. yang menegaskan betapa golongan Yahudi tidak akan redha kepada umat Islam selagi mana umat Islam tidak mengikut mereka hatta hingga ke lubang biawak sekalipun.

Kita melihat betapa mereka bersusah payah menjatuhkan kerajaan Islam Hamas yang telah menang dengan secara adil melalui pilihanraya kerana sedar kepentingan mereka tergugat dengan naiknya kerajaan tersebut. Maka, diapi-apikan pergaduhan antara golongan Hamas dan golongan Fatah sehingga berlaku rampasan kuasa Fatah ke atas Hamas.

Kini, setelah Hamas ingin membuka laluan kepada gencatan senjata, sekali lagi golongan ini dengan gah menolak permintaan tersebut atas dasar memerangi pengganas. Ternyata, mereka akan mempergunakan setiap kaedah yang tidak mustahil untuk menjatuhkan mereka yang benar-benar bercita-cita untuk mengembalikan Islam di tempat yang sepatutnya. Alasan Presiden Israel, Ehud Olmert supaya negaranya diiktiraf dahulu oleh Hamas langsung tidak masuk akal kerana sejarah telah membuktikan siapa yang bersalah dalam hal ini, mengambil tanah penduduk Palestin dengan cara yang cukup halus, sehingga berlakulah pelarian penduduk Palestin di bumi Palestin itu sendiri secara besar-besaran.

Buat Bani Israil, di sini dicatit 2 ayat amaran Allah atas kamu sekalian…

122. Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu Yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat Yang lain (yang ada pada zamannya).

 

123. dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat; dan orang-orang Yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara). (al-Baqarah:122-123)

Tidak hairan jika kita mendegar ‘claim’ mereka bahawa hari Kiamat itu tiada kerana mereka sebenarnya amat takut berhadapan dengan kejadian pada hari tersebut tetapi tidak sampai kepada berimana dengannya.

Wallahu’allam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: