Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC12bUTCThu, 20 Dec 2007 13:40:56 +0000 5, 2007

Makna Sebenar Pengorbanan

10 Zulhijjah…tarikh keramat perayaan aidiladha yang saban tahun diraikan dengan memberi korban berupa sembelihan lembu atau binatang ternakan yang lain…

Kemeriahan Aidiladha lebih lagi dirasai di negeri-negeri sebelah pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tidak dinafikan, walaupun kini adalah musim banjir di kedua-dua negeri, namun tidak membantutkan aktiviti korban Hari Raya.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah apakah kita hanya menghayati erti korban itu dalam bentuk sembelihan semata-mata tanpa melihat kepada konteks yang lebih besar.

Sebagaimana saudara Presiden ISC nyatakan dan menyeru kepada semua untuk menghayati makna tersirat dan tersurat di sebalik peristiwa korban Nabi Ibrahim, sedangkan bila dilihat kepada masyarakat masa kini seolah-olah telah mengasingkan pengorbanan itu hanya dalam bentuk sembelihan. Tidak dinafikan ibadat korban ini juga punya ganjaran yang cukup besar di sisi ALLAH, namun penulis amat bimbang akan fenomena mengajurkan sembelihan atas dasar adat semata-mata tanpa roh ibadah yang sebenarnya.

Sirah membuktikan bagaimana tawaf tinggalan Nabi Ibrahim dipesongkan oleh orang Arab atas dasar hilangnya makna sebenar ibadat. Ibadat dianggap sebagai adat lantas terjadinya percampuran antara keduanya sehinggakan tawaf membawa kepada penyelewengan dari sudut perlaksanaan, bertawaf dalam keadaan bogel ketika zaman jahiliyah. Tidaklah penulis ingin katakan kita menuju ke arah penyelewengan perlaksanaan ibadah korban tetapi kebimbangan dari sudut penghayataan lah yang menjadi keutamaan.

Ini kerana setiap ibadah itu mestilah disertai dengan penghayataan barulah bermakna dalam kehidupan seorang Muslim. Tingkatan rohnya akan bertambah, dan ikatannya dengan ALLAH bertambah kuat. Sebagaimana ibadah solat mampu menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara mungkar, begitulah kepentingan penghayatan solat sehingga lahirlah khusyuk dalam solat. Begitulah jua ibadah korban. Ia satu platform untuk meningkatkan roh dan ikatan kita kepada ALLAH.

Usah bercakap berkenaan dengan pengorbanan jika kita masih gagal berkorban sedikit dari masa kita untuk menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari dan semalam. Usah juga bercakap berkenaaan dengan pengorbanan jika kita punya harta yang banyak tapi amat sedikit bahkan tidak ada sedikit pun rasa untuk berkorban walau sekelumit pun daripada harta kita kepada mereka yang memerlukan.

ISC menyeru kepada semua untuk sama-sama kita menghayati ibadah korban dan semoga roh pengorbanan itu tidak tertakluk hanya kepada aktiviti sembelihan semata-mata.

Unit Kerohanian dan Etika (UKE)

Islamic Student Club (ISC)

Royal College of Medicine, Perak (RCMP)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: