Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC12bUTCWed, 05 Dec 2007 16:20:02 +0000 5, 2007

Melayu…di Mana ISLAMnya Kita??

assalamualaikum….

semua sedia maklum, sebut sahaja orang Melayu,pasti akan dikaitkan dengan Islam… Namun, apabila melihat statistik di bawah ini, di mana Islamnya kita??

  • sepanjang 1985-1991, daripada 449 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, 43.3 peratus daripada kanak-kanak malang ini adalah berketurunan Melayu, 29.5 peratus orang India dan 22.5 peratus adalah orang Cina (Jabatan Kebajikan Masyarakat,1996)
  • sepanjang 1985-1991, daripada 166 kes remaja lari dari rumah, 59.6 peratus daripadanya membabitkan orang Melayu (Kementerian Kesihatan,1992)
  • pada 1992, daripada 970 kes penderaan ke atas golongan remaja, 45.6 peratus membabitkan keluarga Melayu (Kementerian Kesihatan, 1992)
  • Sepanjang 1997-1999 (Ogos), jumlah kes pembuangan bayi di kalangan orang Melayu adalah seramai 106 orang, Cina 12 orang, dan India sebanyak 19 orang (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1999)
  • Daripada 1997-1999 (Ogos), jumlah kes hamil luar nikah yang melibatkan orang Melayu ialah 14 kes, Cina 6 kes, dan India 4 kes (Jabatan Kebajikan Masyarakat, 1999)
  • Di antara 1997-1999, jumlah kes rogol yang melibatkan orang Melayu ialah 859 kes (1997), 946 (1998), 949 (1999). Di kalangan orang Cina ialah 146 kes (1997), 160 kes (1998), dan 154 (1999). Orang India mencatatkan 95 kes (1997), 106 kes (1998), dan 82 (1999). Lain-lain kaum yang terlibat dalam masalah itu ialah 223 kes (1997), 277 (1998), dan 284 (1999).
  • Pada 1992, bilangan mak nyah atau pondan Melayu ialah sebanyak 77.5 peratus, India 10.84 peratus, Cina 8.33 peratus dan lain-lain berjumlah 33.3 peratus (Majalah Umi, Julai 1993)
  • Kadar penceraian juga telah meningkat daripada 506 kes pada tahun 1992 kepada 615 kes pada tahun 1993 di Wilayah Persekutuan sahaja (Muslimah, April 1993)
  • Kes sumbang mahram yang melibatkan bapa kandung adalah seperti berikut; 42 (1992), 35 (1993), 62 (1996). Kejadian yang melibatkan bapa tiri ialah sebanyak 18 kes (1991) dan 25 kes (1992)
  • Bermula 1991 sehingga Mac1994, kes juvana yang dicatatkan berjumlah 9505 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 5437 kes melibatkan lelaki Melayu yang ditahan di pusat-pusat pemulihan. Manakala bagi kumpulan remaja perempuan, orang Melayu juga mencatatkan jumlah kes yang paling ramai berbanding kaum-kaum lain.
  • Bilangan penduduk Malaysia yang terlibat dalam masalah penagihan dadah ialah sekitar 500 ribu orang. Remaja Melayu yang dikatakan terlibat dengan kegiatan penagihan dadah adalah dianggarkan seramai 350 ribu orang atau 70 peratus (Sunday Mail, 6/2/94, Utusan Melayu, 10/2/96, Berita Harian, 8/4/96 dan New Straits Times, 11/7/96)
  • Anggaran perbelanjaan untuk dadah di kalangan penagih dadah Melayu setiap bulan ialah RM 105 juta dengan purata RM 10 satu hari. Ini bermakna dalam tempoh setahun wang yang dibelanjakan untuk dadah ialah RM 1.26 bilion (Sunday Mail, 6/2/94, Utusan Melayu, 10/2/96, Berita Harian, 10/2/96, dan New Straits Times, 11/7/96)
  • Pada 1994, kes pembuangan bayi yang berjaya dikesan ialah sebanyak 54 kes dengan 32 kes melibatkan orang Melayu, india 15 kes, Cina 4 kes dan lain-lain 2 kes (Watan, 29/5/96 dan New Straits Times, 12/8/96)
  • Kes mengandung di luar nikah pada 1994 berjumlah 181 kes. Sebahagian besar kes itu melibatkan orang Melayu dengan 147 kes, Cina 10 kes, India 12 kes dan lain-lain 12 kes (Watan, 29/5/96 dan New Straits Times, 12/8/96)
  • Wanita yang mengandung di luar nikah bagi 1995 ialah sebanyak 125 kes. Daripada jumlah itu, orang Melayu mencatatkan 115 kes, Cina 4 kes, dan India 4 kes (Watan 29/5/96 dan New Straits Times 12/8/96)
  • Pada 1996, wanita yang mengandung di luar nikah adalah seramai 72 orang dengan 65 orang adalah wanita Melayu, Cina 3 orang dan India 2 orang (Watan 29/5/96 dan New Straits times 12/8/96)
  • Bilangan penduduk Malaysia yang dijangkiti HIV ialah seramai 16, 346 orang dan AIDS sebanyak 448 orang. Bilangan remaja Melayu yang dijangkiti penyakit-penyakit itu ialah 11, 758 orang atau 70 peratus. Jumlah yang telah menemui maut ialah 363 orang (Watan 29/5/96 dan New Staraits Times 12/8/96)

**dipetik daripada Siri Serangan Pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme Agama karangan Riduan Mohamad Nor dan Ahmad Adnan Fadhil.

ALLAH hanya akan mengangkat martabat kemuliaan sesuatu kaum itu hanya dengan ISLAM…

bukti di atas jelas menunjukkan kaum Melayu telah gagal mengaplikasikan ISLAM dalam kehidupan mereka, lantas martabat mereka terkebelakang…


Responses

  1. Islam
    Album : Kupinang Engkau Dengan Al Quran
    Munsyid : Gradasi
    http://liriknasyid.com

    Islam telah mengajarkan
    Pada kita tentang aturan
    Mulai dari perdagangan
    Sampai masalah harta warisan

    Islam juga mengatur kita
    Tentang hubungan antar manusia
    Agar kita dapat menjaga
    Jaga hati, jaga mata, jaga telinga

    reff:
    Islam…bukan cuma aturan
    Karenanya..harus jadi tuntunan
    Islam…jalan untuk selamat
    Selamanya…didunia dan akhirat

    Rame-rame yo kita belajar
    Agar kita jadi orang berakal
    Rame-rame yo kita beramal
    Agar kita jadi orang beriman


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: