Posted by: iscrcmp | rdUTCp31UTC12bUTCMon, 03 Dec 2007 15:21:59 +0000 5, 2007

[komen]3 juta rakyat Malaysia disahkan sakit mental

SUNGAI PETANI 22 Nov. – Sebanyak 16 peratus atau tiga juta daripada 26 juta penduduk di negara ini disahkan mengalami sakit mental dan jumlah ini adalah sesuatu yang membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, penemuan data terbaru Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan bagi tahun 2006 mendapati kes gangguan mental di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak hampir 6 peratus berbanding kajian yang dijalankan 10 tahun lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20.3 peratus adalah di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia bawah 16 tahun.

“Antara faktor tekanan jiwa di kalangan remaja adalah kerana gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tekanan daripada keluarga dan sekolah, serta tiada sokongan masyarakat,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, ada di antara murid sekolah tertekan kerana tidak mendapat semua A dalam peperiksaan dan kemudiannya mereka dihina dan dikatakan bodoh serta tidak berguna untuk hidup, jadi mereka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah iaitu dengan membunuh diri.

Chua berkata, daripada jumlah itu juga, sebanyak 11.2 peratus adalah pesakit di kalangan orang dewasa dan 19.5 paratus di kalangan warga emas yang berusia melebihi 70 tahun.

“Masalah kesihatan mental tidak boleh dipandang ringan, beban penyakit itu memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dan kos perubatan untuk pesakit mental adalah semakin tinggi, manakala pesakit pula sering tidak mendapatkan rawatan awal kerana percayakan rawatan bomoh,” kata beliau.

Kes membunuh diri juga didapati semakin meningkat dengan sebanyak 20 hingga 30 orang daripada setiap 100,000 rakyat Malaysia membunuh diri setiap tahun.

Beliau berkata, kementerian juga mengalami masalah kekurangan pakar psikitiari kerana stigma masyarakat untuk menjadi pakar jiwa.

“Ada orang kita menggelar pakar jiwa `doktor gila’ dan ini menyebabkan kursus perubatan psikitiari tidak begitu popular sehingga sekarang,” kata beliau.

Katanya, setakat ini, cuma terdapat 145 orang pakar psikitiari dan negara memerlukan lebih 300 pakar lagi dalam bidang itu untuk mencapai nisbah 50 pesakit bagi seorang psikitiari.

Chua berkata, sehubungan itu, kerajaan mahu usaha mempertingkat kesedaran mengenai kesihatan mental ditambah.

– Bernama

______________________________________________________________

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari rasa lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung kepada-Mu dari dililit hutang dan tekanan orang lain.”

 doa yang diajarkan oleh Rasulullah ini dan amat ‘familiar’ dengan kita yang merupakan salah satu dari ayat-ayat di dalam al-ma’thurat ini ternyata punya makna yang cukup mendalam.

jikalau seseorang itu mendalami bidang perubatan, sudah pasti akan melihat mereka yang terjerumus ke dalam penyakit mental ini dari sudut penyakit semata-mata, namun bagi kita selaku orang yang meyakini dan beriman dengan ALLAH s.w.t. percaya bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada penyelesaiannya.

Di dalam Islam itu sendiri mengajar umatnya supaya sentiasa memandang ke hadapan dan tidak menyesali perkara-perkara yang telah berlalu.  Keyakinan kepada Allah yang telah menetapkan sesuatu itu demi kebaikan kita menyebabkan seorang Muslim yang benar-benar beriman tidak gentar dan takut menghadapi hari esok.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah,

 Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir” (al-Baqarah:286)

Demikianlah Islam mendidik umatnya untuk redha atas ketentuanNya.

Apabila seseorang itu mencabut keyakinannya kepada ALLAH dan mula berputus asa dan menyalahkanNya atas segala musibah yang melanda menyebabkan mental dan dirinya tidak dapat menerima hakikat yang menimpa.

“5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).”

(Alam Nasyrah:5-8)

Oleh yang demikian, didiklah diri kita untuk menghampiri ALLAH s.w.t. demi kebaikan dunia dan akhirat.

Bukanlah mulia itu terletak pada kekayaan, tetapi mulia itu ialah mereka yang dekat dengan ALLAH s.w.t. dalam setiap perkara yang dilakukan.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: