Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC10bUTCTue, 16 Oct 2007 09:08:55 +0000 5, 2007

Berhati-hati di Jalan Raya

assalamuaikum wbt.

hari ini masuk 4 Syawal, sudah 3 hari kita melangkah ke bulan Syawal ini. Kami pasti ramai di kalangan warga kampus yang pulang ke kampung dan sempat beramah mesra dengan keluarga dan saudara-mara, menghidupkan roh aidilfitri itu sendiri.

Kami juga pasti ramai di kalangan kalian akan mula bertolak balik ke kampus, lebih-lebih lagi bila mengenangkan peperiksaan yang semakin dekat. Jabatan farmasi dan Perubatan fasa 3a(J) masing-masing akan menduduki peperiksaan penting pada minggu hadapan. Begitu juga dengan fasa 3a(S) yang akan menduduki peperiksaan ketiga kurang sebulan dari sekarang. Tiada apa yang boleh kami bantu melainkan iringan doa dikurniakan kefahaman, dimudahkan ingatan dan ketenangan ketika menjawab soalan-soalan yang seterusnya bakal mencorak masa depan kalian kelak.

Berlalunya Ramadhan tidak bermakna segala amalan-amalan seperti ke masjid, bertadarus dan bertilawah al-Quran, menderma dan sebagainya terhenti begitu sahaja. Biarlah ia berterusan sebagai menunjukkan hasil tarbiyah Ramadhan itu sendiri.

Kami, pihak ISC mengambil peluang ini mendoakan keselamatan kepada mereka yang akan bertolak balik bermula pada hari ini.

Ayuh! Sama-sama kita meneruskan kembali perjuangan kita di kampus kelak…

Unit Informasi ISC


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: