Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC10bUTCSun, 14 Oct 2007 16:18:24 +0000 5, 2007

tafsir al-Baqarah: 48

“dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), Yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan; dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.” (al-Baqarah:48)

lagi petikan dari tafsir fi zilalil quran

…tiada seorang pun dapat membela sesuatu kesalahan dari orang yang lain…

tanggungjawab (pada hari ini) ialah tanggungjawab individu, dan kiraan pada hari ini ialah kiraan peribadi, iaitu setiap orang bertanggungjawab terhadap dirinya masing-masing dan tiada sesiapa pun yang dapat membela sesuatu kesalahan orang lain. Inilah dasar Islam yang besar, iaitu dasar Islam yang besar, iaitu dasar tanggungjawab individu yang ditegakkan di atas keputusan kemahuan dan pemikiran seseorang, juga ditegakkan atas dasar keadilan yang mutlak dari Allah. Inilah sebaik-baik dasar yang membuat seseorang itu merasa kehormatan diri dan merangsangkan kesedaran dan kewaspadaan pada setiap masa di dalam hati nuraninya. Kedua-duanya merupakan salah satu faktor-faktor pendidikan di samping merupakan nilai-nilai insaniyah yang ditokok kepada nilai-nilai manusia yang lain yang diberikan Islam kepadanya.

…Dan tidak pula diterima syafa’at dan tebusan…

Pada hari ini tiada syafaat yang berguna kepada sesiapa yang tidak membawa keimanan dan amalan yang salih. Dan tiada sebarang tebusan yang diterima untuk melepaskannya dari dosa dan ma’siatnya.

…Dan mereka tidak akan diberi pertolongan…

Yakni tiada penolong yang dapat melindungi mereka dari hukuman Allah dan dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. Di sini diungkapkan Sighah Jama’ (mereka) kerana memandang kepada kumpulan manusia yang tidak boleh membela kesalahan terhadap satu sama lain dan tidak pula diterima sebarang syafa’at dan tebusan. Dalam ayat ini al-Quran beralih dari Sighah Khitab (kamu) di permulaan ayat kepada Sighah Ghaybah (mereka) pada akhir ayat dengan tujuan supaya ia mencakupkan semua golongan manusia. Yakni dasar ini adalah mencakup orang-orang yang ditujukan perkataan ini (secara langsung kepada mereka) dan orang-orang yang ditujukan perkataan ini dari semua golongan manusia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: