Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC10bUTCSat, 13 Oct 2007 01:40:17 +0000 5, 2007

tafsir al-Baqarah: 45-46

assalamualaikum…

kali ini, petikan dari tafsir fi zilalil quran karangan Syed Qutb pada ayat 45-46 al-Baqarah…

“45. dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk;

46. (Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”

(al-Baqarah:45-46)

Biasanya gantima (dhamir) pada kata-kata (sesungguhnya) ialah gantinam perkara (hamirusy-sya’ni, yakni sesungguhnya perkara da’wah ke arah mengakui kebenaran di hadapan faktor-faktor ini adalah suatu perkara yang besar, sulit dan susah, melainkan kepada orang-orang yang berhati khusyu’ dan rendah diri terhadap Allah, oramg-orang yang menaruh perasaan takut dan taqwa kepada Allah dan orang-orang yang percaya dengan penuh keyakinan bahawa mereka akan bertemu dengan Allah.

Da’wah ke arah mencari pertolongan dengan bersabar itu seringkali diulang-ulangkan kerana kesabaran merupakan bekalan yang perlu untuk menghadapi segala kesulitan, dan kesulitan yang paling sukar ialah kesulitan menurunkan diri dari kepimpinan dan keketuaan, dan kesulitan mengorbankan faedah dan pendapatan untuk menghormati, mengutama, mengakui dan mematuhi kebenaran.

Apakah erti mencari pertolongan dengan mengerjakan solat?

Solat ialah perhubungan dan pertemuan di antara hamba dengan Allah, dan dari perhubungan inilah hatinya mendapat kekuatan, rohnya menikmati hubungan dan jiwanya mendapat bekalan yang lebih berharga daripada segala harta kekayaan dunia. Kebiasaan Rasulullah s.a.w. apabila menghadapi sebarang kesulitan beliau akan terus mendirikan solat , sedangkan beliau mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Allah dan roh beliau sentiasa bersambung dengan wahyu dan ilham dari Allah. Oleh itu, solat yang menjadi mata air yang melimpah ruah ini dapat ditimba oleh setiap orang Mu’min yang berkehendak kepada bekalan di dalam perjalanan, berkehendakkan air untuk menghilangkan dahaga di hari yang panas, berkehendakkan bantuan ketika putus bantuan dan berkehendakkan modal ketika kehabisan modal.

Penggunaan kata-kata dzanni (sangkaan) dan pecahan-pecahan dengan erti (keyakinan) banyak terdapat di dalam al-Quran dan dalam bahasa Arab umumnya. Keyakinan  bertemu dengan Allah dan keyakinan kembali kepada Allah Yang Maha Esa di dalam segala perkara itulah asas kesabaran dan ketahanan (menanggung kesusahan), dan itulah asas taqwa dan kepekaan, malah ia juga menjadi asas pertimbangan nilai-nilai yang betul, iaitu nilai-nilai dunia dan nilai-nilai akhirat. Apabila pertimbangan nilai-nilai ini betul, maka seluruh nilai dunia kelihatan murah belaka, ia hanya merupakan harta kekayaan yang kerdil dan sedikit sahaja, dan hakikat nilai akhirat kelihatan begitu jelas dan tiada seseorang yang berakal pun akan teragak-agak untuk memilih dan mengutamakannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: