Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC10bUTCFri, 12 Oct 2007 22:03:38 +0000 5, 2007

perutusan sempena Aidilfitri 1428H

“(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.” 

(al-Baqarah:185)

allahuakbar allahuakbar allahuakbar walilahilhamd…

assalamualaikum w.b.t.

setelah melalui sebulan Ramadhan, tibalah masanya untuk meraikan aidilfitiri atau dalam bahasa melayunya, hari raya fitrah.

sesuai dengan namanya, hari raya fitrah maka sepatutnya cara meraikannya adalah juga dengan cara fitrah. kita meraikan kembalinya kita kepada fitrah. Setelah bermujahadah selama sebulan mendidik diri kita melakukan perhambaan diri kepada Allah, 1 syawal sepatutnya melihat perubahan dalam diri kita sama ada secara lahiriah atau secara dalaman. Apalah maknanya aidlfitri ini jikalau perkara fitrah mengapa kita dilahirkan di atas muka bumi ini juga belum kita sedari. bukankah Allah pernah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

‘dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(al-Dzariyat:56)

Sesuai sekali dikatakan hari raya ini bukan ditujukan kepada mereka yang gagal menghayati hakikat fitrah manusia itu sendiri! Hari raya ini diraikan bagi menunjukkan rasa bersyukur kita kepada Allah atas dasar mujahadah kita dalam sebulan Ramadhan yang berhasil menyedarkan diri kita kembali kepada hakikat fitrah manusia itu, sebagai hambaNya, sebagai khalifahNya dan sebagai penjaga kepada agamaNya.

Sungguh malu mereka yang tidak mengerti semua ini untuk sama-sama meraikan hari yang mulia ini. Malahan, mereka pula yang berlebih-lebihan berbelanja semata-mata untuk menyatakan kegembiraan mereka. Mereka jugalah yang gagal memahami roh aildilfitri itu sendiri lantas meraikannya dengan mercun, bunga api dan lampu pelita sedangkan itu semua adalah bid’ah semata-mata.

Sepatutnya di hari raya inilah dibanyakkan bertakbir sebagaiman ayat di permulaan artikel ini dan banyak menziarahi sahabat handai dan saudara mara untuk mengeratkan silaturrahim antara kita. Elok juga jika di bulan Ramadhan ini untuk kita mengenang saudara-saudara seIslam kita di serata pelusuk dunia yang masih tidak dapat meraikan aidilfitri dengan gembira sebagaiman kita. Di Palestin contohnya, betapa tidak sah jikalau tiada sebarang peluru yang melintas di udara pada setiap hari. Di dalam negara sendiri, masih ramai yang tidak bernasib baik sebagaimana pernah dilaporkan dalam program ‘Bersamamu TV3’, begitu ramai yang tidak punya wang ringgit dan makanan yang cukup sehari-harian. Apalah gunanya kita berbelanja besar dengan membeli mercun-mercun dan bunga api yang ternyata tidak memberi pulangan apa-apa melainkan kepuasan yang sementara cuma sementara saudara-saudara kita yang lain hidup dalam kesempitan.

Saya  menyeru kepada sekalian warga kolej dan sahabat handai untuk kembali menilai diri kita, apakah kita ini sudah layak melaungkan takbir kemengan sedangkan sebulan Ramadhan itu berlalu tanpa sebarang rasa perhambaan kepadaNya, sama sebelum dan selepas puasa itu, tidak boleh untuk meninggalkan perkara yang dirasakan tidak perlu setelah berlalu Ramadhan.

Sama-samalah kita bermuhasabah agar di aidilfitri nanti bukan setakat kita merayakannya tanpa sebarang erti insyaAllah.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari ini, memohon ampun kepada semua yang mengenali diri ini dari hujung rambut ke hujung kaki. Saya juga manusia seperti kalian, tidak lari dari kesilapan dan kesalahan.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walillahilhamd.

Ahmad Hadyan Husainy bin Hasbullah

Presiden ISC 07


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: