Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC10bUTCWed, 10 Oct 2007 07:29:23 +0000 5, 2007

Perutusan sempena majlis khatam al-Quran

Assalamualaikum w.b.t.

“1. Alif, Laam, Miim.

2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;

3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.

4. dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

5. mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya.”

(al-Baqarah:1-5)

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita kepentingan al-Quran dalam kehidupan seorang mukmin. al-Quran merupakan mukjizat agung Nabi Muhammad s.a.w. yang masih kekal elok, dipelihara daripada sebarang kecacatan dan sebarang penyimpangan oleh umat manusia sebagaimana kitab taurat dan injil. Maka, amat jelas bagi kita untuk membenarkan kitab al-Quran dan tidak bermakna kita tidak beriman dengan kitab-kitab yang lainnya.

al-Quran bukan setakat untuk dibaca. Jikalau setakat dibaca sahaja nescaya tidak akan bersabda Rasulullah s.a.w. untuk kita berpegang kepada al-Quran dan sunnah junjungan supaya tidak tersesat. itulah makna Iman kita. Bukankah iman itu terbit dari hati, dilafazkan di lidah dan dibuktikan dengan perbuatan? lantas, saya ingin menerbitkan satu persoalan pada diri saya dan diri pembaca sekalian setakat mana kita beriman dengan al-Quran itu? apakah sekadar dengan membacanya?

Alhamdulillah, kalau sekadar membacanya juga sudah boleh mendapat ganjarannya, bagaimana pula jika kita memahami dan melaksanakan kandungannya? Pastinya, ganjarannya lebih besar.

Generasi akhir zaman ini memperlihatkan suatu fenomena yang cukup ganjil lantaran kita melihat al-Quran itu seolah-olah diletakkan sebagai ‘second opinion’, malahan ada yang mempergunakan nas-nas al-Quran itu untuk membenarkan perbuatan-perbuatan yang jelas bertentangan dengan syariat dengan tanpa segan silu mentafsirkan al-Quran mengikut kepentingan diri sendiri. Maka, kita tidak hairan melihat kemunduran masyarakat Islam disebabkan kelalaian kita dalam mengamalkan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Saya cukup kesal dengan segala kebejatan sosial yang berlaku di hadapan mata sendiri. Anak-anak muda seolah-olah tidak mempedulikan bulan Ramadhan ini. Bagi mereka, Ramadhan ini tidak lain hanyalah rutin semata-mata. Sedih dan sebak mengenangkan betapa berbezanya kita berbanding generasi terdahulu. Siapa tidak kecewa melihat anak-anak muda sebaya dengan saya berpeleseran dan bersosial tanpa batasan. Ia menjadikan saya insaf dan berdoa dijauhkan dari gejala yang sedemkian melanda diri yang senantiasa lemah di sisiNya. Nah, inilah apa yang berlaku apabila al-Quran itu dibelakangkan!

Marilah bersempena dengan bulan mulia ini yang tinggal 2-3 hari sahaja lagi untuk sama-sama kita melakukan satu anjakan paradigma dalam membudayakan al-Quran dalam hidup kita. Marilah sama-sama kita mengambil contoh sirah Rasulullah yang membina karakter sahabat-sahabat baginda s.a.w. dengan al-Quran sehingga lahirlah generasi yang disebut sebagai generasi al-Quran.

“Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan untuk melaksanakan tuntutanMu yang terkandung di dalam al-Quran…”

 

Ahmad Hadyan Husainy bin Hasbullah,

Presiden ISC 06/07

 RCMP.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: