Posted by: iscrcmp | thUTCp31UTC10bUTCSun, 07 Oct 2007 07:15:07 +0000 5, 2007

Antara 10 malam terakhir dan…

Assalamualaikum wbt.

“1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

(al-Qadr: 1-5)

jam 9.45 malam: baru sahaja pulang dari menunaikan solat tarawih.Ku melihat housemates ku melepak di ruang tamu… fikirku mungkin mereka hanya melakukan 8 rakaat sahaja, jadi balik awal dari masjid atau surau. Banyak surau dan masjid yang bacaan imamnya laju, jadi tak mustahil boleh sahaja habis awal. Akan tetapi, terkejut juga aku apabila dimaklumkan rupa-rupanya mereka menghabiskan masa dari pukul 7.40 untuk menonton perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Wigan sehinggalah habis perlawanan tersebut… bermakna dalam pukul 9.40 p.m. baru selesai… entah lah apa nak jadi umat Islam sekarang. bukan sedikit rasanya contoh-contoh seperti ini. ramai lagi di kalangan kita yang mungkin sedang menonton perlawanan tersebut, lantas lupa pada kepentingan mencari lailatulqadr yang mulia… Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Artinya : Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” [Hadits Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169]

penting sangatkah menonton perlawanan tersebut? entah la… kadang-kadang aku rasakan umat Islam ini semakin menjauhi ALLAH, dan bukan mendekati dia. Kalau alasannya mengulangkaji pelajaran mungkin dapatlah diterima lantaran tarikh peperiksaan sudah dekat. apa ertinya bulan Ramadhan bagi mereka?

dari Aisyah, (dia berkata) :

“Artinya : Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya” [Hadits Riwayat Muslim 1174]

4.00 pagi: Dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan qiamullail, ku terpaksa memberhentikan kereta walaupun lampu isyarat jelas menunjukkan lampu hijau, lantaran sekumpulan anak muda sebaya denganku di dalam kumpulan motosikal yang tidak menghormati keselamatan yang lain melanggar lampu merah dan berseronok umpama jalan raya itu milik mereka. rata-ratanya adalah anak MELAYU yang beragama ISLAM. aku menggeleng-gelengkan kepala sahaja… Astaghfirullah, aku ternyata amat sebak dan sedih mengenangkan nasib anak-anak muda ini. Di bulan ini seoalah-olah tidak ada bezanya dengan bulan-bulan yang lain. Aku sedih atas didikan yang diterima oleh anak-anak muda ini lantas tidak dapat menikmati rahmat dan manisnya bulan Ramadhan itu.

2 contoh di atas adalah dua contoh hakikat yang berlaku dalam masyarakat kita. Inilah golongan-golongan yang akan merasakan Ramadhan itu tidak lebih daripada suatu adat semata. aku mengambil kesempatan ini mendoakan agar dicampakkan iman dan hidayah di dalam hati mereka. moga-moga mereka tergolong dari golongan yang terselamat dari api neraka.

Ianya juga membuatkan aku insaf… Terlalu banyak dugaan dan cubaan yang boleh melanda. apakah aku masih boleh istiqamah dalam jalan dakwah ini?

Ya ALLAH, tuhan yang membolak-balikkan hati manusia…tetapkan hati ini pada jalan menuju keredhaanMu. Wahai Tuhan yang mudah memperkenankan doa…perkenankanlah.

Ameen.

5 hari sebelum berakhirnya Ramadhan… apakah perasaan kita? sudahkah ditemui malam al-Qadr?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: