Posted by: iscrcmp | thUTCp30UTC09bUTCWed, 19 Sep 2007 10:13:50 +0000 5, 2007

Nafas Baru Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum…

Kempen ini sudah biasa didengari di corong-corong radio yang memasang IKIM.fm. Pun begitu, pihak ISC ingin merealitikan kempen tersebut dengan membawanya ke medan kampus RCMP supaya dapat direalisasikan dalam kehidupan seharian kita selaku seorang Muslim. Artikel yang dipetik oleh Unit Kerohanian dan Etika sangat tepat pada waktunya demi melihat pandangan Islam dalam hal ini. Pandangan alternatif Dr. Yusuf al-Qaradawi adalah:

‘Merokok itu haram bagi mereka yang belum terjebak tetapi makruh bagi mereka yang sudah terjebak’

Pun begitu, syarat kepada makruh itu hendaklah dipatuhi. Memang diketahui umum bahawa amatlah sukar bagi seseorang yang sudah terjebak dalam tabiat merokok untuk berhenti. Namun, dengan tekad dan niat yang sungguh-sungguh, tidak mustahil perkara ini dapat dicapai. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sudah berusaha untuk berhenti, tetapi tetap tidak dapat membuang tabiat ini, mereka inilah yang dijatuhkan hukuman makruh. Berbeza dengan mereka yang tidak langsung berusaha untuk berhenti bahkan mengurangkan jumlah rokok yang dihisap, fatwa makruh tidak releven kepada mereka selagi mana tiada usaha ke arah hendak berhenti.

Apa yang pelik ialah perokok-perokok ini boleh sahaja berhenti selama mana mereka berpuasa tetapi mula merokok semula selepas berbuka, bahkan ada yang berbuka dengan merokok! Oleh kerana itulah, ISC mengharapkan melalui kempen ‘Nafas Baru di Bulan Ramadhan’ ini berjaya sedikit sebanyak ke arah mendisiplinkan perokok ke arah sifar merokok.

Alangkah baiknya jika kita punya keimanan yang cukup tinggi seperti sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. ketika mana arak itu diharamkan. Diceritakan dalam satu riwayat, bumi madinah dibanjiri oleh arak selepas sahaja ayat pengharaman arak itu turun. Malahan, ada di kalangan mereka yang sanggup meluahkan kembali arak-arak yang sedang diminum.

Mungkin ramai di kalangan kita yang akan mengatakan itu soal arak yang ternyata haramnya! Akan tetapi, jika kita teliti kembali artikel yang dipetik sebelum ini, bukankah ternyata rokok itu lebih kepada hukumnya haram? bahkan telah jelas kita digalakkan meninggalkan perkara syubhat (ragu-ragu) kerana ia ternyata mendekati yang haram.

Allah itu tidak zalim dan dia mengharamkan kezaliman kepada diriNya dan juga diri manusia itu sendiri. Keburukan merokok ternyata menzalimi diri perokok dan masyarakat di sekelilingnya. Sebagai pelajar perubatan, sudah pasti kita semua sangat arif berkaitan perkara ini. Sebagai penutup, ingatlah bahawa Allah sangat membenci golongan yang memperkatakan apa yang dia tidak perbuat (as-saff:3). Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan yang sedemikian.

Bersama-samalah kita mencari jalan pulang dalam Bulan Dambaan Kerinduan ini; bulan Ramadhan. Jadikanlah ia satu titik ke arah perubahan yang lebih positif.

Unit Informasi ISC,

RCMP.

“Mencari Jalan Pulang”


Responses

  1. malaysia terkenal dengan produk halalnya
    tetapi sejauh mane pengertian ‘halal’ di fahami masyarakat malaysia khususnya warga kampus

    rokok haram kerana membawa kemudaratan kerana kandungan toksiknya…
    dan makanan berlemak juga membawa kemudaratan…adakah ia kategori haram jgak???

    Ade org bertanye………..rokok sikit2 boleh x? x datangkan keburukan kan???haram jugak ke???

    makan sedikit makanan berlemak boleh kan…
    x bawa keburukan kan???????

    persoalannya…
    kenape sesuatu bahan dikategorikan halal.
    adakah untuk sesetengah orang.
    tidak ke Islam tu menyeluruh..
    haram dan halal bukan perkara furuq…

  2. assalamualaikum…
    saudara/i iscrcmp…
    ana tidak tahu siapa anda kerana ternyata anda merupakan salah seorang MMI kerana mempunyai akses kepada blog ini.
    Sebagai permulaan, elok kalau saudara/i menamakan diri saudara/i sendiri kerana boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca blog ini; ‘iscrcmp yang menulis atau ‘post’ artikel, dia jua yang mengemukakan persoalan’- pelik kan?
    ana memulakan komen ana dengan mengemukakan satu ayat al-quran yang antara lain bermaksud:
    “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik ( halalan toyyiba ) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” ( Surah al-Baqarah, 2:168 )
    Dalam ayat ini, bukan sahaja disarankan supaya pemakanan itu dari yang halal tetapi jua dari sumber yang baik… ia boleh diaplikasikan dalam kes pemakanan makanan berlemak, cukup sekadarnya maka ia dari sumber yang baik dan mendatangkan faedah kepada diri.
    berkenaan dengan merokok, even though ia sedikit, apakah ada satu jaminan ia tidak mendatangkan keburukan? sekadar kepastian saudara/i boleh merujuk artikel http://circ.ahajournals.org/cgi/reprint/18/6/1085.pdf yang menunjukkan betapa ‘non-smokers’ punya taraf kesihatan yang lebih baik dari ‘smokers’ walaupun yang menghisap itu kurang dari 1/2 ‘packet’.
    Oleh kerana itu ana berpegang teguh kepada soal sikap kita dalam hal ini, baik dari segi pemakanan atau pun hal-hal sensitif seperti rokok ini. Apa kebaikan kita merokok pun? kalau pun tidak memberi sebarang kemudaratan kepada kita, bagaimana dengan ‘passive smoking’? bagaimana dari sudut kewangan? bukankah ia ternyata membazir sahaja? bagaimana pula dengan majoriti syarikat rokok ini yang ‘support’ Israel secara terang-terangan? mungkin saudara/i boleh saja mencari syarikat rokok yang tidak ‘support’ Israel, tapi sekali lagi ana mengulangi kenyataan ana, ia bukan persoalan alasan lagi sekarang kerana ternyata kita punya sikap suka mencari alasan dalam kita membuat keputusan yang bertentangan dengan prinsip kita walaupun ternyata dalam hal tersebut kita yang salah.
    benar, siapalah ana untuk mengutarakan semua ini kerana ana sendiri masih bertatih dalam mencari redha Allah, tetapi sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabiah di luar sana yang mungkin samar-samar dalam hal ini. wallahu’alam.

  3. assalamualaikum….
    maaf…terima kasih ats teguran
    dan bg respons
    response ni satu diskusi
    untuk membuka minda dan mencerna pemahaman kita berkenaan halal haram dalam pemakanan
    surah al maidah 87-88
    hai org yg biman, jgnlh kamu haramkn apa2 yg baik yg telah Allah halalkan bg kamu, dan jgnlah kamu melampaui batas . sesungguhnya Allah tidak menyukai org yg melampaui btas.
    dan mknlah makanan yg halal lg baik dari apa yg Allah telah rezekikan kepadamu..dan bertakwalah kpada Allah yg kamu biman kpada Nya………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: