Posted by: iscrcmp | thUTCp30UTC09bUTCWed, 12 Sep 2007 17:15:20 +0000 5, 2007

Perutusan Presiden Sempena Ramadhan

‘Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.’ (al-Baqarah:183)

Ramadhan datang lagi. Esok, seluruh warganegara Malaysia akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang penuh mulia, bulan yang dipenuhi berkah dan bulan yang menjanjikan beribu ganjaran. Kita bersyukur atas nikmat Tuhan yang menemukan kita kembali kepada Ramadhan. Pada masa inilah seseorang itu harus merenung kembali dan bermuhasabah ke dalam diri demi melihat bagaimana kita sendiri menyambut bulan ini. Semua sudah pasti mengetahui segala macam ganjaran yang tersedia buat seorang hamba Allah dalam meniti hari-hari Ramadhan. Walau bagaimanapun, inilah masa terbaik sebelum kita melangkah ke dalam bulan Ramadhan untuk sama-sama memahami persepsi diri berkenaan dengan bulan puasa ini. Apakah persepsi kita semata-mata kerana diwajibkan berpuasa kita berpuasa? berapa ramai di luar sana nanti yang akan berpuasa hanya meninggalkan makan dan minum sahaja tanpa menjaga batas-batas lain? di sinilah letaknya kefahaman berkenaan dengan erti tersirat dan tersirat di sebalik Ramadhan itu sendiri.

Ramadhan itu medan buat kita memperbaiki diri. Ramadhan itu bak pesta Ibadah, dihamparkan segala ganjaran dan keberkatan di bulan ini. Inilah letaknya perbezaan bagi mereka yang beriman dan mereka yang tidak beriman. Jangan jadikan diri kita ini tergolong dalam golongan yang sia-sia amalannya. Anggaplah Ramadhan ini satu medan untuk kita mendisiplinkan diri lantas merapatkan diri kepada kepada Ilahi. Apalah ertinya kalau kita sekadar berpuasa dan berakhirnya Ramadhan, kita tidak merasakan apa-apa pun, sekadar satu ritual semata-mata. Yang lebih teruk, pada bulan Ramadhan ini, tidak ada satu usaha pun di pihak kita sendiri untuk sekurang-kurangnya mengurangkan perkara mungkar yang sudah menjadi darah daging kita. Sabda Rasulullah s.a.w.

“Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum,tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah,’Saya berpuasa,saya berpuasa(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).

Bagi warga mahasiswa kampus RCMP pula, bulan ini menjanjikan ujian dan cubaan yang berbeza terutamanya pelajar perubatan yang memang sentiasa dipenuhi dengan tanggungjawab akademik mereka. Apatah lagi, ada sebahagian daripada kita yang akan menduduki peperiksaan akhir kurang 2 bulan dari sekarang. Apa yang paling penting dalam mengejar kedua-dua nikmat dunia dan ukhrawi ialah sifat menghargai waktu itu sendiri. Tinggallah perbuatan yang sia-sia dan isilah masa lapang itu dengan sebaik-baiknya.

‘Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.’ (al-Asr:1-3)

Sedarlah kita semua! Moga-moga madrasah Ramadhan ini akan berjaya melatih diri kita untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik insyaAllah.

Saya mewakili pimpinan ISC mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga Islam kampus RCMP. Hidupkanlah Ramadhan ini dengan pelbagai amalan yang bermanfaat.

Ramdhan, ketibaanmu dinanti, pemergianmu ditangisi.

Ahmad Hadyan Husainy bin Hasbullah,

Presiden ISC 07,

RCMP.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: