Posted by: iscrcmp | thUTCp30UTC09bUTCTue, 11 Sep 2007 00:33:09 +0000 5, 2007

Perutusan Presiden Sempena MKP ’07

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera…

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui’. (al-Israa’:1)

Ayat di atas seringkali diperdengarkan ketika menyambut Isra’ wal Mi’raj. Walaupun ia berbicara berkenaan dengan peristiwa Isra’ wal Mi’raj namun ternyata ayat ini juga mengangkat taraf masjidil aqsa sehinggakan Allah memberkati sekeliling Masjid Al-Aqsa. tepat sekali tema MKP ‘Al-Quds Sentiasa Di Hati’. Sepatutnya, itulah perasaan yang perlu ada dalam diri setiap daripada kita yang mengaku beriman dengan Allah dan RasulNya. Akan tetapi, setelah 50 tahun merdeka, kita seolah-olah terkurung dalam melihat kegemilangan Malaysia semata-mata tanpa melihat kepada saudara kita di luar sana. Kita menyambut merdeka seolah-olah penderitaan yang dialami oleh warganegara Palestin itu bukan hal kita. Ingatlah! sesungguhnya Allah pernah berfirman bahawa setiap orang mukmin itu bersaudara. Bersaudarakah kita tanpa kita mempedulikan apa yang berlaku kepada saudara kita? bersaudarakah kita sekadar melihat sahaja tanpa melakukan apa-apa kepada saudara kita yang kesempitan? bukankah warganegara Palestin itu juga saudara kita? Atau sudah termaktub dalam kotak fikiran kita ini untuk menjadi warganegara Malaysia yang hanya tahu merayakan kemerdekaan kita sendiri tanpa mengambil tahu di luar sana masih ramai yang tidak merdeka?! Sungguh sedih hati ini melihat betapa tidak pedulinya kita kepada mereka! Apatah lagi, kita masih sanggup membazir berbilion ringgit untuk meraikan hari kemerdekaan tetapi tidak ada sekelumit perasaan belas ehsan untuk menghulurkan bantuan berupa wang ringgit kepada saudara kita yang memerlukan, di Palestin khususnya. Oleh kerana itu, pada pendapat saya, kita masih belum merdeka dengan erti kata kemerdekaan dari segi kemanusiaan. Kita belum cukup manusia untuk menjadi manusia! Kita diuliti dengan perayaan kemerdekaan, dengan hiburan yang melampau, dengan segala macam kemewahan sampai menenggelamkan rasa simpati dan kemanusiaan kita sendiri. Sungguh telah sia-sia 50 tahun kita merdeka dengan terhasilnya masyarakat yang sebegini, hanya tahu mementingkan diri sendiri.

Buat yang di luar sana! Sedarlah dari mimpi indah ini…kita perlu bangkit! Kita diikat dengan tali persaudaraan bersandarkan satu aqidah dengan mereka. Biarlah MKP ini menjadi suatu pencetus ke arah kita memahami penderitaan rakyat Palestin seterusnya berusaha membantu mereka sekadar yang terdaya dan akhirnya menghargai sebuah kemerdekaan, kemerdekaan yang sebenarnya…

Isu Palestin ini bukan sahaja Isu Umat Islam tetapi juga isu manusia sejagat. Sedar atau tidak, Zionis Yahudi ini menduduki tanah Palestin secara haram! Ia telah melanggar hak asasi manusia di Palestin. Berapa ramai sudah terkorban? Berapa ramai yang dalam kesempitan? Berapa ramai gadis-gadis sudah dinodai? Berapa ramai rakyat berdosa menjadi mangsa? Oleh yang demikian, saya mengambil peluang ini untuk menyeru kepada rakan-rakan sekalian tidak mengira dari latar belakang agama mana sekalipun untuk bangkit menentang kezaliman Zionis Yahudi yang tidak pernah rasa bersalah ke atas jenayah yang telah dilakukan.

Syabas dan tahniah kepada semua tenaga kerja MKP yang bertungkus lumus mengadakan persiapan dan bekerja keras untuk merealisasikan MKP ini. Teruslah berusaha menyedarkan masyarakat kampus berkenaan dengan isu Palestin ini, moga-moga dianugerahkan Allah keredhaanNya.

Al-Quds Sentiasa Di Hati.

Ahmad Hadyan Husainy bin Hasbullah,

Presiden ISC,

RCMP.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: