Posted by: iscrcmp | thUTCp30UTC09bUTCTue, 11 Sep 2007 19:04:30 +0000 5, 2007

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum…

1 Ramadhan menjelma lagi… ia menandakan satu lagi peluang kepada kita mengerjakan amal soleh. Sepertimana tema Ihya’ Ramadhan ISC pada tahun sebelum ini ‘Ketibaanmu dinanti Pemergianmu ditangisi’, pihak ISC berharap sangat agar ramadhan kali ni juga disambut dan dilambai pergi dengan perasaan yang sama. Sebagai memenuhi madrasah Ramadhan kali ini, pihak ISC telah merancang beberapa program yang diharap dapat meningkatkan rasa ketaqwaan kita kepada Allah insyaAllah… bermula pada 1 Ramadhan ini bersamaan dengan 13 September, akan ada majlis perasmian Ihya’ Ramadhan yang akan diadakan bersama-sama dengan Majlis Penutupan MKP, bermula dengan solat Isya’, Tarawih, diikuti pengisian oleh ustaz yang dijemput khas daripada Aman Palestin. Sama-sama kita meriahkannya!

Antara aktiviti lain yang akan dianjurkan adalah Nafas Baru di Bulan Ramadhan, Tadarus dan Khatam al-Quran, Kempen Senyum dan Salam dan beberapa lagi program yang insyaAllah bermanfaat untuk semua.

Akhirul kalam, pihak ISC mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Moga-moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

Unit Informasi ISC,

RCMP.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: