Posted by: iscrcmp | thUTCp30UTC09bUTCSun, 09 Sep 2007 16:16:43 +0000 5, 2007

Konvokesyen: suatu penamat atau permulaan?

Acara penting itu datang lagi… puluhan ribu graduan dari seluruh negara akan mengikuti konvokesyen menandakan satu penamat kepada satu lagi fasa kehidupan mereka; fasa mahasiswa. Pun begitu, ia juga menandakan suatu permulaan kepada satu lagi fasa dalam hidup mereka. terdapat banyak pilihan yang perlu dibuat. Itulah kehidupan, akan senantiasa punya dua pilihan, sama ada yang baik mau pun yang kurang baik, sama ada yang baik mau pun yang tidak baik dan seterusnya. Pabila berdepan dengan pilihan-pilihan yang sebegini, di sinilah letaknya kebijaksaan setiap daripada kita untuk menilai yang terbaik buat diri sendiri, kerana kekadang pilihan itulah yang akan menentukan masa depan kita. Begitulah jua dengan para ‘fresh graduates’! sama ada nak meneruskan pengajian dalam bidang ‘post-graduate’ atau terus sahaja bekerja demi menampung keperluan harian. Bagi yang belum berkeluarga, mungkin sudah memasang impian untuk ke gerbang perkahwinan. PILIHAN dan PERANCANGAN. Dua aspek penting yang akan menghasilkan hasil akhir yang ingin kita semua capai.

Bagi para graduan RCMP yang baru sahaja selesai bergraduasi dan berkonvokesyen baru-baru ini di Universiti Malaya Kuala Lumpur, tiada pilihan lain melainkan bekerja selama 3 tahun dengan kerajaan sebelum mampu membuat pilihan seterusnya. Ada yang sudah melangsungkan perkahwinan dan ada yang masih menunggu masa dan ketika yang sesuai. Apa-apapun, pilihan dan perancangan di tangan anda semua. Tapi beringatlah! Di dalam Islam, bila berdepan dengan pilihan, perlulah melihat kepada dua manifestasi pilihan yang kita buat itu, sama ada menuju ke arah kefasiqan atau ke arah ketaqwaan. Firman Allah:

“serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanya kepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa;” – (as-Syams: 8 )

Di kesempatan ini, saya selaku Presiden Islamic Student Club (ISC) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada abang-abang dan kakak-kakak jurusan perubatan yang berkonvokesyen pada hari semalam. Saya sekadar sempat berjumpa dengan beberapa orang di kalangan kalian, itu pun selepas kalian habis berkonvokesyen. Saya mengambil kesempatan ini jua untuk mendoakan kejayaan dalam kehidupan kalian semua. Semoga dapat menjadi doktor yang banyak berkhidmat kepada masyarakat hendaknya.

Buat mereka yang masih lagi berada di kampus, teruskan perjuangan kita! Berada bersama-sama mereka yang sudah berjaya bergelar graduan pada konvokesyen kali ini menyebabkan diri ini mendapat motivasi baru untuk terus berusaha demi mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya. Ayuh sama-sama kita menuju kepada suatu penamat dan suatu permulaan!!

Ahmad Hadyan Husainy bin Hasbullah,

Presiden ISC 07,

RCMP.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: