Posted by: iscrcmp | thUTCp30UTC09bUTCSat, 08 Sep 2007 18:59:14 +0000 5, 2007

Minggu Kesedaran Palestin (MKP) ’07

Pada 10-13 September ini (Isnin – Rabu) akan berlangsung satu program berbentuk kesedaran berkaitan dengan isu Palestin. ia akan bermula dengan upacara pembukaan pada petang Isnin setelah selesai solat Asr di ‘Foyer’ RCMP. antara matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran warga RCMP berkenaan dengan isu negara Palestin yang ternyata bukan sahaja isu dunia Islam tetapi juga isu yang melibatkan kemanusiaan sejagat. oleh yang demikian, pihak ISC memohon dan berharap kepada semua pihak tidak mengira latar belakang agama, budaya dan bangsa untuk sama-sama turun memberikan sokongan kepada setiap warganegara Palestin yang dizalimi bukan sahaja dek rejim Zionis tetapi juga oleh keadaan negara yang memang tidak menyebelahi mereka akibat pertengkaran dua parti yang saling bertentangan, Fatah dan Hamas dengan memeriahkan program ini.
antara program atau aktiviti yang telah disusun ialah pameran, kutipan derma, edaran risalah dan ceramah isu Palestin di samping jualan buku dan cenderamata dalam bentuk badge, t-shirt dan sebagainya. Menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara yang bersimpati dan mempunyai kesedaran kemanusiaan yang tinggi untuk memahami situasi yang melanda negara Palestin tersebut seterusnya membantu sekadar yang termampu kepada mereka yang amat memerlukan. Nantikan malam kemuncak MKP yang akan membentangkan fakta-fakta berkaitan dengan situasi terbaru yang melanda negara tersebut pada majlis penutup MKP, malam 13 September 2007 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1427H yang akan diadakan bersama dengan majlis perasmian program Ihya’ Ramadhan!!
Khaibar khaibar ya Yahud! Jaishu Muhammad soufa ya’ud!
ALLAHUAKBAR!

Unit Informasi, ISC


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: